Soal Jawab Perniagaan Barangan Ibu dan Anak

Esok Awal Muharam! Ini 20 Idea Aktiviti Islamik Untuk Anda Dan Anak-anak

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa.DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat memasuki tahun baru kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga dengan tahu baru ini kita semakin sedar bahawa kematian menghampiri kita, maka apakah cukup bekalan kita untuk bertemu Sang Pencipta, Allah SWT. Apapun, ini 20 idea aktiviti Islamik untuk anda dan anak-anak  lakukan sepanjang tahun hadapan.

 

Selamat Tahun Baru untuk semua umat Islam di dunia. Tabarakallah.

 

  1. Berkhatan
  2. Makan bersama
  3. Menambahkan solat sunat
  4. Berbuat baik kepada adik beradik
  5. Menyiapkan kesemua kerja rumah
  6. Niat membaiki wudhuk anda dan ahli keluarga
  7. Baiki solat dengan cara memperbetulkan bacaan dalam solat
  8. Memulakan solat berjemaah bersama ahli keluarga untuk kelima-lima waktu solat
  9. Hafal surah dari Al-Quran mengikut keperluan setiap ahli keluarga. Anak-anak kecil mungkin elok diajar untuk menghafal al-Fatihah terlebih dahulu
  10. Memperbanyakkan sedekah terutamanya di kalangan ahli keluarga
  11. Berpuasa sunat bersama ahli keluarga yang lain
  12. Membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah
  13. Menghidupkan sunnah di dalam aktiviti harian
  14. Membantu ibu bapa dengan tugas harian
  15. Melazimi masjid dan surau
  16. Belajar menunggang kuda
  17. Belajar memanah
  18. Belajar berenang
  19. Belajar bersiwak
  20. Belajar hadith

Itu tadi 20 idea aktiviti Islamik untuk anda dan anak-anak yang boleh dijalankan sepanjang tahun baru bermula esok. Sesungguhnya, setiap kebaikan yang dilakukan itu merupakan sedekah. Wallahualam. Selamat mencuba dan kongsikan idea ini untuk panduan orang lain juga.

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jom Buat 6 Cara Halus Ni Untuk Pantau Anak-anak Di Asrama

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa.DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Salah seorang pembaca hari ini menulis kepada saya bertanyakan kepada saya bagaimana caranya untuk memantau anak-anak yang tinggal di asrama dan saya mendapati tajuk ini sangat menarik untuk dibincangkan bersama. Walaupun konsep asrama zaman dahulu dan sekarang tidak banyak berubah, namun terdapat beberapa kelonggaran yang membuatkan asrama kini lebih mesra ibu bapa berbanding dahulu. Antaranya, murid-murid zaman sekarang lebih kerap pulang ke rumah berbanding dahulu. Sekolah berasrama sekarang membenarkan anak-anak pulang ke rumah ibu bapa sama ada sebulan sekali atau dua dan diselangi dengan outing atau terus diwajibkan untuk pulang pada setiap minggu. Gaya baru ini dilihat lebih menggembirakan anak-anak dan juga meringankan tanggung jawab guru-guru yang bertugas sebagai warden.

 

Selain itu, kebanyakan sekolah kini menyediakan WhatsApp group kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak di asrama supaya segala pemberitahuan dapat disampaikan dengan mudah. Dengan adanya group seperti ini, lebih daripada pengumuman dapat disampaikan. Malah, sekiranya ibu bapa sebulat suara dapat bekerjasama, maka banyak perkara dapt dilaksanakan bersama ibu bapa, guru-guru dan murid. Berikut, saya sebagai seorang guru ingin berkongsikan 6 style anda boleh gunakan untuk pantau anak anda di sekolah.

 

Style Daddy Cool 1: Join Anak Solat Fardhu Berjemaah di Surau Sekolah Sebelum Time Prep

Ini semua boleh dilakukan oleh ibu bapa yang anaknya tinggal di asrama berhampiran. Namun, tak bererti asrama anak anda jauh, anda tak boleh lakukannya. Boleh je! Cuba lakukan pada waktu solat sebaik sahaja anda sampai ke asrama anak-anak. Dapatkan dahulu kebenaran warden dan pihak sekolah untuk memasuki kawasan sekolah, selepas itu anda bolehlah menunaikan solat fardhu bersama-sama anak-anak di asrama.

Gambaran ini sangat bermakna kerana secara tidak langsung anda sedang mengesahkan kepada anak-anak bahawa anda adalah seorang ayah yang menjaga kewajipan untuk bersolat serta menunaikan sunnah untuk solat berjemaah. Daddy sekalian, bayangkan hari itu anak anda yang mengimamkan solat di asrama. Anda tak pernah lihat anak anda solat di rumah tetapi di sekolah dia seorang pemimpin yang hebat. Tahniah, daddy!

 

Style Daddy Cool 2 : Jangan Isi Perut Anak Sendiri Je…share share lah!

Kesilapan kebanyakan ibu bapa adalah mengajar anak-anak mereka kedekut sewaktu menghantar makanan kepada anak-anak mereka. Kenapa terdapat segelintir anak-anak yang mencuri makanan orang lain di asrama? Ini kerana asrama menempatkan anak-anak murid dari pelbagai lapisan masyarakat. Sebahagian dari member dorm  anak anda mungkin tidak pernah merasa makanan yang anak anda simpan di dalam locker mereka. Anak anda pula kedekut tahi hidung masin, sikitpun taknak share, maka di sini berlakulah konflik. Cuba ubah cara kita pek makanan. Sediakan portion  yang banyak untuk anak kita, dan satu lagi portion yang lebih sedikit untuk kesemua yang ada di dalam dorm anak anda. InsyaAllah, apabila mereka dah rasa, mereka akan lebih menghormati hak kawan yang memberi tadi. Tunggu saja ungkapan, “lain kali belanja lagi, pakcik”dari kanak-kanak ini. After all, kids just wanna have fun! InsyaAllah, berbekalkan niat lillahi taala untuk bersedekah, modus operandi anda untuk memantau mereka secara halus takkan nampak obvious sangat.

 

Solat Berjemaah dan amalan ke masjid bersama anak-anak dapat mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa.

Style Daddy Cool 3: Sekolah Bukan Penjara! Datanglah Selalu Walaupun Tak Bawa Keluar Anak-anak

Ayah ibu, datanglah selalu tengok anak-anak. Saya pasti anda pernah mendengar ayat tadi. Sama ada ianya datang dari guru-guru ataupun anak-anak sendiri, datanglah selalu. Tak perlu anda bawa keluar tetapi cukuplah dengan hanya melihat dari jauh. Benar, tidak semua sekolah membuka pintu untuk kita pada setiap waktu, tetapi, sekolah di Malaysia kebanyakannya ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), inilah saluran yang tepat untuk merancang usaha sama dalam pelbagai isu.

 

Style Daddy Cool 4: Tolong Guru di Asrama. Cikgu-cikgu Bukan Hamba

Cikgu-cikgu memang dibayar gaji, tapi itu bukan alasan utama untuk tidak membantu guru-guru. Anda yang ada anak-anak di rumahpun tak mampu mendidik anak dengan baik, inikan pula mengharapkan SEORANG guru mendidik lebih dari 10 murid dalam satu-satu masa. Guru-guru bukan ahli nujum. Apa yang boleh dibantu, bantulah guru hatta hanya dengan menasihati anak sendiripun memadai untuk membantu guru-guru.

 

Selain itu, asrama juga adalah rumah kedua anak-anak kita sendiri, jadi, memang eloklah kalau kita yang membantu memberi keselesaan tempat tinggal anak kita. Buat seorang diri memang tak jadi, daddy! Ajaklah ayah-ayah lain membantu sekali. InsyaAllah, tiada sesiapa yang tidak mahukan bantuan yang dapat memudahkan urusan mereka.

 

Style Daddy Cool 5: Sedekah Makanan Di Dewan Makan

Macam tak mungkin saja kan? Bayangkan macam ni – anda buat kenduri tetapi kenduri ni khas untuk anak anda dan kawan-kawan mereka sahaja. Apa perasaan anak anda? Sudah tentu anak-anak tak sedar bahawa ibu bapa sedang memantau mereka dengan cara halus. Sesungguhnya tidak miskin orang yang bersedekah melainkan rezekinya bertambah. Setiap Jumaat, apa kata ayah-ayah bersepakat dengan ibu bapa yang lain untuk rotate  hantar satu makanan tambahan untuk anak-anak di dewan makan asrama. Kalau hari-hari minum air sirap, keceriaan mesti terpancar pada muka anak-anak apabila hari ini dapat air jus! Come on! We can do this!

 

Style Daddy Cool 6: Booking Jajan Paling Best Skali Kat Dorm Untuk 1 Dorm!

Sesetengah sekolah mempunyai koperasi mereka sendiri, dan koperasi yang baik selalunya mempunyai jualan yang menarik dan pada waktu malam selesai prep,  selalunya koperasi akan dikendalikan oleh budak-budak hostel. Pastinya setiap anak-anak ada kegemaran mereka sendiri di koperasi, jadi, untuk membantu koperasi mereka dan juga menghilangkan letih belajar, apa kata, ayah-ayah booking jajan paling popular sekali dalam hostel  dan buat surprise  dengan meminta pihak koperasi menghantarkan booking anda pada setiap meja di dalam tempat prep! Syoknya kalau dapat surprise malam-malam!

 

Diharapkan anda terhibur dengan 6 style daddy cool dalam melakukan cara halus untuk pantau anak-anak di asrama pada kali ini. Sekiranya di sekolah anak anda terdapat cara yang lebih cool, sila kongsikan style tersebut di ruangan komen. Selamat mencuba!

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Perlukah Ujian Dadah Dilakukan Di Sekolah ?

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa.DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Topik kali ini mungkin berat untuk dibincangkan tetapi kenyataannya, perlukah ujian dadah dilakukan di sekolah memandangkan anak-anak kita kini kian terdedah dengan pengaruh dadah di samping jumlah kes juvenil membimbangkan. Berikut adalah beberapa kebaikan yang mungkin boleh diperhalusi:

 

⊗ Punca jangkitan dapat dikenal pasti dari awal

Sekiranya ujian dadah dapat dilakukan di peringkat sekolah secara tahunan atau mengikut semester, pastinya ia akan memanfaatkan anak-anak murid yang terlibat dan juga sekolah. Ini kerana, pihak sekolah dapat memantau anak-anak yang terlibat dengan dadah ini dengan lebih dekat dan untuk para pelajar yang menagih pula, mungkin mereka dapat dibantu kerana boleh jadi anak-anak ini terjebak ke kancah dadah bukan dengan kerelaan sendiri. Disebabkan mereka menagih dadah, boleh jadi juga mereka diburu oleh penagih atau pengedar dadah yang lain.

Punca jangkitan dadah juga dapat dikenal pasti apabila pihak sekolah tahu bagaimana anak-anak ini terjebak dengan gejala dadah. Sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang terlibat dan sekali gus melibatkan anak-anak mereka ke dalam masalah ini, perlindungan tertentu terhadap anak-anak malang ini boleh disalurkan dengan bantuan dari sekolah, pihak polis dan badan-badan berkaitan yang lain.

 

⊗ Pemulihan dipercepatkan

Perlu diingatkan di sini, kanak-kanak yang bersekolah masih di bawah umur dan amat bergantung kepada ibu bapa dan guru. Seandainya mereka menghisap dadah, ujian dadah di sekolah dapat membantu mereka. Pemulihan yang cepat akan menyelamatkan generasi muda kita yang tersasar dari kehancuran masa depan. Sekiranya pemulihan dipercepatkan, kanak-kanak ini masih lagi berpeluang untuk menyambung pembelajaran mereka dan diberi kemahiran hidup yang betul sebaik sahaja selesai proses pemulihan.

 

Selamatkan anak-anak kita dari dadah sebelum menghukum mereka. Mereka sedang menanti pertolongan kita.

 

⊗ Keselamatan terpelihara

Bayangkan dengan setiap ujian dadah di sekolah, pihak sekolah dapat terus memberhentikan ketagihan anak-anak kita terhadap dadah. Bukankah anak-anak akan lebih berjaga-jaga agar tidak kantoi  dan kita juga akan lebih aware kerana kita juga tidak mahu dipanggil ke sekolah kerana anak-anak kita didapati positif dadah sewaktu ujian dijalankan di sekolah.

Dan jika didapati positif dadah, anak-anak ini, jika dapat terus dihantar ke pusat pemulihan dadah bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa mereka malah dapat menambahkan rasa selamat kepada murid-murid lain seterusnya memberikan rasa yang sama kepada masyarakat sekeliling secara umumnya.

 

Akhir sekali, suka saya ingatkan bahawa dadah tidak mengenal anak orang kaya atau mereka yang berpendapatan rendah. Ia juga tidak mengenal jantina anak-anak kita. Oleh itu, sama-samalah kita membantu sama ada di sekolah mahupun di kawasan kejiranan kita dalam membanteras isu berkaitan dadah di kalangan anak-anak. Sayangilah anak-anak dan pantaulah mereka selalu. Semoga artikel kali ini memberi kita sedikit idea untuk mengambil inisiatif mendampingi anak-anak kita dengan lebih kerap. Sekiranya anda ada sebarang cadangan, sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari kita sendiri. Wallahualam.

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kenapa Kanak-Kanak Tak Suka Makan Sayur?

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa.DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Ini adalah sebab mengapa kanak-kanak tak suka makan sayur. Walaupun artikel kali ini bukanlah hasil ujian saintifik tetapi diharapkan melalui artikel kali ini, ibu bapa bolehlah merancang sesuatu yang menarik.

 

#1 Tiada dalam rancangan makanan di sekolah 

Untuk pengetahuan ibu bapa, sebenarnya Kementerian Kesihatan dengan bantuan Kementerian Pendidikan ada menyediakan garis panduan penyediaan makanan kepada sekolah-sekolah, namun beberapa faktor lain menjadi punca ketiadaan sayur di dalam makanan harian anak-anak murid di sekolah. Antaranya termasuklah :

  1. Peruntukan kepada kantin adalah sikit memaksa kantin-kantin di sekolah yang berada di sekolah untuk memotong kos barang dan sayur dibeli pada kadar paling minima atau tiada, atau digantikan dengan sayur dalam tin atau sayur campur yang diproses.
  2. Sayur sering kali dimasak di dalam masakan tetapi dalam cara yang tidak dimakan oleh kanak-kanak seperti bendi di dalam kuah kari, tomato di dalam kuah kurma dan sebagainya. Bukan sahaja ianya merosakkan zat sayuran tersebut, malah memberi ketakutan kepada anak-anak apabila mereka ingin termakan sayuran tersebut. Akibatnya, anak-anak akan memilih untuk mengasingkan sayur-sayuran di dalam masakan sebegini.

 

#2 Mak ayahpun tak makan sayur

Ini masalah keturunan. Ramai di kalangan ibu bapa yang rumah mereka sayur tak masuk jadi, bagaimana penerapan memakan sayur-sayuran dapat diamalkan? Sekiranya ibu bapa tidak memakan sayur-sayuran, alternatif kepada masalah ini adalah dengan menggantikan dengan buah-buahan yang sedap dan mudah dimakan seperti anggur, kurma, kismis, epal dan sebagainya. Terapkan juga untuk anak anda membawa buah ke sekolah setiap hari. Jangan bekalkan satu benda sahaja.Boring!

 

#3 Hari-hari sayur yang sama 

Ini masalah yang ada di mana-mana sahaja. Di rumah emak masak sup bayam, di sekolahpun sup bayam yang makcik kantin sediakan. Tetapi, kenapa kita ambil kesemua sayur yang ada ketika kita membeli sandwich di Subway? Sebab sayurnya tidak dimasak dan lain dari yang ada di rumah kita, kan? Inilah fenomena yang juga berlaku di sekolah. Kenapa sandwich di sekolah hanya ada hirisan timun tua? Cuma 2 hiris pula. Hal ini boleh diubah jika kita tukar jenis sayuran yang disediakan pada setiap hari sebelum kita lihat semula kenapa anak-anak tak suka makan sayur.

#4 Kulihat hijau

Seperi point nombor 3, apabila kita bercakap mengenai sayur, sering kali terbayang dalam kotak minda kita daun-daun hijau walhal sayur-sayuran ada pelbagai warna. Lobak berwarna oren, kobis berwarna ungu, tomato berwarna merah, kacang berwarna coklat, bunga kobis berwarna putih, labu berwarna kuning dan banyak lagi warna-warna menarik yang sepatutnya terhidang di dalam pinggan makan kita pada setiap hari. Jom, kita tukar!

 

Sayur tidak sepatutnya menakutkan kanak-kanak.

 

#5 Tak biasa

Sayur bukan makanan waktu sakit. Sayur juga bukan makanan di atas katil hospital. Sayur juga bukan makanan ketika perut tak lawas. Sayur sepatutnya di makan secara harian seperti mana kita mengambil makanan yang lain. Jadi, tak hairanlah kenapa kanak-kanak tak suka makan sayur. Early training kita yang ada kepincangan. Gambaran yang diberikan tidak tepat mengenai kepentingan memakan sayur-sayuran.

 

#6 Tak Sedap

Bukan semua sayur tak sedap. Dan jika ada sayur yang tak sedap, eloklah difikirkan bagaimana hendak memenangi hati kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran. Terkini ramai ibu bapa yang menggunakan konsep bento yang menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran di dalam penyediaan bekalan anak-anak ke sekolah. Anda juga boleh cuba teknik.

 

Sekian dahulu untuk artikel kali ini. Ayuh kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan sepejabat anda yang mempunyai anak yang culas memakan sayur agar mereka faham kenapa kanak-kanak tak suka makan sayur.

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Pantau Anak-anak di Sekolah Melalui 5 Langkah Bijak

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa.DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Langkah 1:Berkomunikasi dengan anak anda mengenai hari persekolahannya

Ini adalah langkah terbaik untuk mengetahui apa yang terjadi kepada anak anda sewaktu di sekolah. Malangnya, kebanyakan ibu bapa berhenti untuk mendengar apabila anak-anak mula melangkah ke sekolah menengah. Kekosongan ini mengubah hati anak anda untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya dan jika tidak diselamatkan, boleh jadi ianya akan membuat jurang yang besar di antara anda dan anak anda.

 

Langkah 2: Bersembang dengan rakan sebaya / sekelas anak anda

Cara ini bukan sahaja membolehkan anda “berkenalan”semula dengan anak anda, tetapi juga dapat mengetahui pandangan orang lain mengenai tingkah laku dan karakter anak anda. Bersembang dengan rakan-rakan anak anda juga menjadikan anda kelihatan cool  pada pandangan anak-anak yang meningkat usia, selain dapat membantu anda mengenal pasti soft spots  anak-anak sekiranya berlaku sebarang masalah. Jadikan anak-anak rakan anda, dan bukan musuh. Apa yang berlaku di rumah amatlah mempengaruhi perwatakan mereka di luar.

 

Langkah 3: Bertanyakan guru kelas

Hal ini walaupun bukan antara cara yang terbaik untuk pantau anak anda di sekolah, namun, tidak ada salahnya untuk anda tampil membantu guru-guru demi memastikan kelansungan pendidikan dan sahsiah anak anak. Melibatkan guru di sekolah membawa dua unsur positif dan negatif. Ianya akan menjadi positif apabila ibu bapa datang bukan untuk memarahi guru atau anak sendiri, sebaliknya menyatakan sokongan dan usaha anda adalah selari dengan usaha guru-guru di sekolah. Namun, ianya akan menjadi negatif apabila anda mula merasakan bahawa tugas mendidik dan mendisiplinkan anak-anak adalah tugas guru kerana mereka telah digajikan untuk tujuan tersebut. Ini salah! Tiada siapa yang lebih berkuasa terhadap anak anda melainkan anda sendiri, jadi, pamerkanlah tanggung jawab anda sebaiknya terhadap anak-anak.

Pemantauan anak-anak ketika mereka di sekolah tidak memerlukan kekerasan atau menakutkan mereka.

 

Langkah 4: Hadirkan diri ke sekolah

Menghadirkan diri ke sekolah bukan bermaksud anda perlu menjadi CCTV kepada anak-anak, tetapi, wujudkan perasaan keberadaan anda di kawasan sekolah. Turun dari kereta sewaktu mengambil anak-anak. Tindakan ini boleh menurukan risiko buli dan menimbulkan perasaan selamat terhadap anak-anak.

Hadiri majlis penyampaian hadiah ATAU hari persembahan anak-anak walaupun mereka tidak memenangi apa-apa anugerah. Ini penting agar anak-anak merasa bahawa mereka dihargai. Tiada apa yang lebih membanggakan melainkan anak-anak dapat mencari di mana ibu bapanya duduk pada hari persembahan mereka.

 

Langkah 5: Bertanya menggunakan soalan-soalan yang menjurus kearah penceritaan

Bertanya terus dengan anak-anak memudahkan anda untuk pantau anak anda di sekolah dan juga dapat mengawal disiplin anak-anak. Sekiranya anda risau soalan yang sama akan membuat anak anda malas melayan anda, anda bolehlah menggunakan soalan yang pelbagai namun membawa maksud yang sama. Contohnya adalah seperti berikut.

Soalan asal : HARI NI BACA BUKU KE TIDAK?

Tukar kepada : Apa jadi pada watak yang kita baca semalam?

Soalan asal : Dah makan ?

Tukar kepada : Hari ni belanja apa di kantin?

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu ibu bapa dalam membendung masalah moral di kalangan anak-anak pada masa ini. Seperti biasa, kongsikan artikel ini sekiranya anda merasakan ianya dapat memanfaatkan ibu bapa lain di luar sana.

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tragedi Tahfiz – Ini kisahku

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

Pagi tadi membangkitkan ramai orang.Bukan sekadar mereka yang sedang bangun untuk tahajud dan witir, tetapi juga mereka yang mungkin lalai dengan subuhnya juga terbangkit pagi tadi. Jeritan anak-anak tahfiz yang hangus dijilat api membangkitkan kita semua. Saya ialah seorang guru Bahasa Inggeris. Ilmu yang saya ajarkan sungguh duniawi, hidup saya serba daif dalam ketaqwaan tetapi Allah memilih saya, saya yang daif ini untuk mengenal apa itu kehidupan mereka yang berdamping dengan al-Quran. Tragedi tahfiz – ini kisahku.

 

Saya dibangunkan oleh kisah ini di hujung waktu subuh sewaktu sedang bersiap sedia untuk keluar rumah. Mesej yang dihantar oleh ibu kepada anak murid down syndrome saya mengejutkan saya apabila dia memberitahu bahawa maahad tahfiz berdekatan rumahnya hangus terbakar bersama-sama 20 murid yang lain. Saya terfikir, “macam tak percaya je.”Dan saya terus memandu. Tetapi tak lama kemudian, di antara waktu menanti bergeraknya kereta di dalam kesesakan lalu lintas, seorang kawan sekolah saya yang mana saya juga mengajar anaknya menghantar mesej yang memberitahu bahawa hatinya luluh mendengarkan kisah tahfiz yang terbakar pagi ini. Sejurus kemudian dia memberitahu bahawa arwah salah seorang ustaz yang terlibat adalah ustaz yang mengajar anaknya mula-mula mengenal huruf-huruf hijayiah al-Quran. Allahu, berderai hati ini. Terus sepanjang hari ini saya dibuai kenangan lama.

 

Hati manusia adalah milik Allah

Hati kita adalah milik Allah. Sungguh kita tidak mempunyai apa-apa langsung. Saya bukanlah orang alim, jauh sekali hafizah. Tetapi pada tahun 2015, Allah rezekikan saya bertugas sebagai seorang business strategist untuk sebuah syarikat pengurusan umrah. Dari syarikat berkenaan, saya ditugaskan menjemput seorang ustaz untuk memberitahu mengenai kursus umrah. Alhamdulillah, hasil pengurusan itu, saya memberitahu beliau bahawa saya ialah seorang guru. Apabila dikatakan begitu, ustaz yang faham niat saya itu berkata, “Syarifah, kami (pengurusan tahfiz tersebut) tidak akan mampu bayar gaji Syarifah seperti yang Syarifah dapat sekarang ni.”Maka terdiamlah saya. Sayapun tahu keperluan kewangan saya, jadi tak perlulah saya berkata apa-apa lagi. Namun, Allah itu Maha Besar.

Gambar ini gambar personal dari koleksi saya. Di hari terakhir perkhidmatan saya di tahfiz berkenaan, beginilah saya diraikan. Di sini saya tertunduk bukan kerana penghormatan yang diberikan tetapi sedih, Allah memberikan masa yang sedikit untuk nikmat bersama mereka tetapi alhamdulillah, Allah masih meminjamkan impak dari masa yang sedikit itu hingga ke hari ini.

 

Tidak lama kemudian, tahfiz yang sama membuat iklan mencari pengurus bahagian akademik. Maka, kali ini saya melontarkan taruhan kedua saya. Alhamdulillah, tanpa memperkenalkan diri saya melalui mudir yang juga merupakan ustaz yang saya ceritakan tadi, saya dipanggil ke temuduga. Hasil temuduga membuktikan kata-kata ustaz itu benar. Namun, masuk saja ke dalam kereta saya terus menangis sekuat hati. Sampai satu ketika sayapun berhenti dan berfikir sejenak. Apakah yang menyebabkan saya menangis. Allahu akbar. Terus saya teringatkan suasana di tingkat atas bangunan yang baru saya tinggalkan tadi. Bunyinya riuh, sibuk sekali tetapi lain dari yang lain. Bunyi itu adalah suara anak-anak sibuk melantunkan ayat-ayat al-Quran. Allahu. Saya tekad untuk meninggalkan kerja saya dan menerima apa sahaja yang bakal dibayar oleh pihak tahfiz tersebut.

 

Akhlak Terpuji

Tidak beberapa lama selepas ditempatkan di bangunan pengurusan tahfiz ini, saya dibawa untuk pertama kalinya pergi ke asrama pelajar tahfiz di mana saya akan mengajar mereka Bahasa Inggeris. Mudir dan pengetua tahfiz ini menginginkan para huffaz yang boleh menguasai Bahasa Inggeris, maka itulah salah satu tugasan saya. Setelah beberapa lama diperkenalkan di khalayak para huffaz, tibalah masanya untuk saya melakukan tugas saya. Masih saya ingat sehingga hari ini, saya seperti orang yang tidak pernah melihat manusia. Malah, saya amat malu pada ketika itu.

 

Sewaktu memperkenalkan diri saya, kesemua anak-anak hufaz ini menutup al-Quran di atas rehal yang berada di hadapan mereka, meletakkan pensel mereka dan duduk menghadap saya. Subhanallah, pemandangan saya hampir membuat saya pengsan. Sekumpulan 30 lelaki muda (anak-anak kecil lingkungan bawah 15 tahun) sedang berjubah putih dan berserban diam menanti kata-kata keluar dari mulut saya, tetapi sebelum tersusun kata-kata, air mata mendahului. Saya berjaya mengelak dari membiarkan air mata membasahi pipi saya. Saya berkata, “although I am your teacher today, please believe in me that the true teacher is not me, it’s you. All of you. What I have to teach will not benefit you in the Hereafter, but what you already showed me has taught me a lot even now.” Sekali lagi saya mahu menangis tetapi lebih parah lagi kaki saya mula mengigil. Akhlak mereka, ya Allah. Hanya Allah saja yang tahu. Tidak pernah sepanjang 12 tahun bergelar guru saya mendapatkan kesemua anak-anak murid bersedia untuk mendengar kata-kata saya. Itulah kali yang pertama dan saya terasa amat kerdil di hadapan mereka. Pada diri mereka adalah ilmu dunia akhirat, pada diri saya hanyalah ilmu yang belumpun pasti mampu memberi saya hatta dunia sekalipun, jauh lagi akhirat.

 

Wahai Allah, terima kasih atas pinjaman ini.

 

Hujan

Mudir kami dari Yaman, maka banyak kebiasaan Yaman diterapkan termasuklah bacaan mawlid. Saya dibesarkan dengan bacaan mawlid maka mawlid dan saya, akrab. Apabila anak-anak murid yang organise ratib, saya tak mahu usaha mereka tersia-sia lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri menjemput saya personally.  Satu malam, hujan lebat. Saya berlari dari kereta menuju kawasan berbumbung asrama tahfiz tersebut. Saya tidak berwuduk namun tempat wuduk memerlukan saya berlari keluar dari kawasan berbumbung. Kemudian saya meminta anak murid yang sudah sedia di dalam hujan untuk menggambilkan kasut dari ruangan wuduk supaya saya boleh menukarkan kasut saya dengan selipar yang ada.

“Semua selipar basah, teacher,”  ujar salah seorang dari mereka. “Nanti basah socks teacher.”

“Takpelah, nanti teacher tetap akan basah sebab nak ambil wuduk.” saya jawab.

“Teacher tunggu sini, nanti saya ambilkan selipar kering untuk teacher.” 

Saya yang enggan membuang masa hanya menanti. Kemudian murid yang sama datang lalu berkata,

“Takdelah teacher.  Semua basah rupanya.”

Saya jawab, “takpe, boleh je. Nanti ambil wuduk basah jugak socks teacher. Teacher ada extra socks untuk solat, jangan risau.”

Habis saja ayat saya, si anak murid ini tadi lantas membuka seliparnya lalu menghalakan seliparnya di kaki saya dengan sisi selipar itu sedia untuk saya sarungkan. Alangkah luluh hati saya apabila anak murid meletakkan saya sebegitu tinggi darjatnya walhal seperti yang saya sedari, saya hanyalah manusia yang kosong berbanding mereka. Dalam hujan, air mata sayapun meleleh sama.

 

Wahai Allah, aku jahil

Setiap kali sebelum majlis mawlid, saya melihat anak-anak murid saya sibuk membaca wirid yang saya tak berapa familiar mendengarnya. Satu hari, selepas solat Asar, saya bertanyakan kepada anak murid saya, apakah wirid yang dibaca mereka sebelum waktu mawlid, lantas mereka terangkan. Saya tetap tak faham. Tiba-tiba….

 

Seorang anak murid berkata kepada saya, “ada kitab dia teacher. Teacher boleh beli depan masjid Muadz (bin Jabal, Setiawangsa) lepas mawlid bulanan. Eh, kalau tak pun teacher  tunggulah kejap, saya hadiahkan je teacher satu kitab tu, saya ada banyak.”

Wahai Adham, teacher masih lagi guna kitab yang Adham bagi sampai sekarang. Terima kasih, Adham.

 

Terlalu banyak untuk saya kongsikan saat-saat indah saya bersama anak-anak tahfiz antaranya saat-saat mereka mempersiapkan tempat solat untuk saya, lengkap dengan hadangan agar saya selesa dan tak kelihatan dari luar kawasan tahfiz dari pandangan yang tak sepatutnya. Juga saya ingat sangat-sangat waktu arwah nenek saya meninggal ketika saya sedang mengajar Bahasa Inggeris. Ibu saya menghubungi saya memberitahu perkhabaran itu. Ibu bapa saya meminta agar saya tinggal dan terus menghabiskan pengajaran saya kerana pada masa itu saya dalam tugasan, maka wajib diselesaikan tugasan yang diamanahkan tetapi beruntung sungguh arwah nenek saya, anak-anak tahfiz saya telah sudi membuatkan tahlil selepas asar dan maghrib untuk arwah nenek saya yang pulang kepada Illahi pada hari yang sama.

 

Inilah kisah saya dengan anak-anak tahfiz. Mereka ini harapan kita di akhirat. Hati mereka bersih, kekuatan mereka tak terbanding. Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan ilmu agama itu dengan memadamkan ilmu di dunia, tetapi dengan mematikan para alim ulama. Semoga mangsa kebakaran yang terdiri daripada anak-anak hufaz hari ini mendapat syafaat dari al-Quran yang mereka baca saban hari. Yang kita lihat hanyalah kehilangan jasad, tetapi selebihnya adalah rahsia Allah bersama mereka. Kita semua sedang dalam perjalanan menuju jalan pulang kepada Allah yang satu. Satu hari nanti, kita tetap akan sampai ke destinasi kita. Kutiplah bekalan yang baik untuk ke destinasi kita. Allahu alam.

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bila Hitam Itu Menawan – Review Produk Tommee Tippee Special Edition (Black) 260ml/9oz

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Kali ni tak perlu saya tulis panjang. Cukup hanya berkongsi keterujaan saya mendapatkan tempahan Tommee Tippee Special Edition (Black) 260ml/9oz untuk pelanggan yang akrab dengan saya, iaitu Datin Leen yang juga merupakan rakan satu sekolah saya masa di sekolah menegah dahulu.

 

 

Baiklah. Jom saya sertakan video unboxing produk cantik ni. Sekiranya anda masih berminat untuk mendapatkan botol Tommee Tippee Special Edition (Black) 260ml/9oz ini, anda boleh lakukan seperti yang diterangkan di dalam video ini. Tonton sehingga video tamat agar tak tertinggal ciri-ciri penting. Selamat membeli belah!

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

UPSR Dah Habis, Nak Masuk Asrama atau Sekolah Biasa? 7 discovery hanya FRESHIES asrama yang tahu.

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

UPSR dah habis, nak masuk asrama atau sekolah biasa? Saban tahun soalan ini bermain di minda anak-anak yang bakal menduduki ataupun telah tamat UPSR. Sama ada asrama atau sekolah biasa, kedua-duanya ada baik dan buruk. Dan paling pening sekali dari anda kecil sampailah anda beranak pinak, anda mesti tak boleh nak jawab bila anak-anak kecil tanya anda, “kenapa pergi ke sekolah asrama PENUH?” Penuh?! Penuh, babe! Berikut adalah 7 discovery hanya freshies asrama saja yang boleh ceritakan:

 

Discovery 1: Beratur dalam tandas setiap pagi untuk mandi

Inilah permulaan kepada kehidupan di asrama walaupun banyak lagi yang mungkin menggamit kenangan anda kerana tak pernah dalam hidup anda akan terfikir untuk berbaris dengan bakul barang mandi anda beramai-ramai di hadapan tandas semata-mata untuk mandi dan rutin ini suka tak suka anda akan lalui selagi mana anda bergelar budak asrama.

 

Discovery 2: Makan dalam tray

Ini legend! Walaupun pada mulanya anda mungkin akan merasa  a bit annoyed sebab makan dalam tray dan beratur tunggu turn, tapi anda akan kenang zaman ini seumur hidup anda. Paling win ialah bila anda tengok line yang nak ambil makanan tu panjang sehingga ke pintu hujung dewan makan, tapi bila anda dapat makanan dan mula makan dengan gang meja anda, masyaAllah! Nikmat tak terkata. Lagi best bila ada lauk extra dan boleh tambah makan. Mula-mula memanglah anda akan risaukan masa makan yang pendek dan tergesa-gesa, tapi setelah beberapa lama, insyaAllah anda akan pandai adjust masa anda.  Siap boleh makan sambil borak lagi tu.

 

Discovery 3: Prep

Ini adalah satu disiplin paling unggul untuk setiap anak-anak yang duduk asrama. Walaupun penat, entah macam mana kita semua tetap akan duduk ramai-ramai dan belajar bersama. Paling peliknya, anda yang sebelum ni malas study pun tiba-tiba boleh duduk dalam prep dan belajar diam-diam macam orang lain. Itulah yang dinamakan semangat.

 

Masa di asrama kawan-kawan adalah pengganti kepada ahli keluarga yang berjauhan dengan anda.

Discovery 4: Katil Double Decker

Yang ni best sebab dari hari pertama anda masuk minggu orientasi lagi anda akan ada dilema sama ada nak tidur katil atas atau bawah. Katil atas sejuk, takut hantu (kononnya nanti hantu tenggek kat siling), takut jatuh dari bahagian atas sampai ke lantai, manakal tidur katil bawah pula panas, member lepak ramai-ramai, bedsheet tak cekang nanti warden bantai, barang tertinggal atas katil warden sapu harta kita bagi kat anak dia, tak pun kena rotan dan paling tak best tidur katil bawah ialah panas! Kipas tak rasa! Itu dilema katil atas bawah. Baru 4 dari 7 discovery yang anda akan temui di asrama.

 

Discovery 5: Riadah tanpa gadget

Kalau yang perempuan ada yang bertenggek sembang-sembang, ada puak yang kerjanya dok dandan rambut masing-masing je, ada pula yang tak reti-reti berhenti belajar, ada juga puak yang hujan atau panas terik, bola jaring tetap nak main hari-hari. Adapun begitu, boys lebih relaks. Asal ada football semua okay je.

 

Discovery 6: Lapar memanjang!  

Ini penyakit keturunan bagi kebanyakan yang duduk di asrama. Tak kiralah berapa lama anda akan berada di dalam dorm, pasti ada puak yang akan angkut makanan beribu-ribu tan masa dia balik dari rumah ke dalam asrama. Itu belum lagi duit jajan dia. Tiap-tiap malam puak yang jenis lapar memanjang ni ada je nak dibeli setiap kali habis prep malam. Tapi paling tak best bila ada puak pencuri stok makanan orang lain, ataupun ada pula puak yang jenis bagi apa semua makan. Ada pulak sejenis puak ni, mereka ni pantang tengok orang makan, habis semua makanan orang dia nak mengecak. Anda yang mana satu?

 

Discovery 7: Antara keluarga dan member hostel

Yang ini pula puak extremist! Ada yang siang malam menghitung hari nak tunggu Jumaat dan pack semua baju kotor dan balik rumah mak ayah. Ada pula yang tiap-tiap minggu duduk di hostel mengalahkan warden sebab dia nak teman member  yang lain. Kedua-dua ni extremists dan sebenarnya adalah masalah kepada keluarga. Anda ada tips untuk menyelesaikan masalah ini?

 

Itu tadi 7 discovery yang hanya FRESHIES asrama je yang tahu. Pastinya ramai ada peristiwa mencuit hati ketika di asrama kan? Apa kata anda kongsikan kenangan best anda ketika di asrama di ruangan komen dan share artikel anda kepada kawan susah senang anda ketika di asrama. Semoga terhibur denan artikel kali ini.

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Anda mesti rujuk 8 perkara ni sebelum memilih taska untuk anak anda

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Zaman sekarang ni taska bukan lagi tempat bermain semata-mata. Sebaliknya, ianya adalah madrasah kedua anak-anak selepas pendidikan yang disediakan oleh ibu bapa. Taska juga merupakan pendedahan awal kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke alam nyata dunia persekolahan. 8 perkara di bawah boleh menjadi rujukan anda sebelum memilih taska untuk anak anda.

 

√ Harga

Tipulah kalau ini bukan benda yang utama dalam mencari taska untuk anak anda. Lihat bagaimana sistem pembayaran taska tersebut, sama ada, dibayar secara bulanan, mengikut semester atau tahunan. Pastikan sama ada caj-caj tambahan dikena berserta yuran atau ditambah. Antara caj-caj tambahan yang popular ialah caj pendaftaran, caj peperiksaan, caj over-time stay dan lain-lain. Jika anda berkemampuan, pastikan ianya berbaloi dengan wang yang anda belanjakan. Sebaliknya jika tidak, utamakan dahulu kualiti pembelajaran dan susasana pembelajaran sebelum faktor yang lain. Ingat, taska adalah persediaan awal sebelum ke sekolah. Pastikan first impression anak anda adalah positif mengenai dunia persekolahan.

 

√ Jarak dengan rumah

Ini penting. Jarak yang tak berapa jauh dari rumah menjadikan experience ke sekolah lebih relax sementara jarak yang jauh memberi impression  bahawa ke sekolah itu adalah satu duty walhal ianya perkara yang kecil saja. Juga penting bila kita nak kena pergi out-station atau tiada di rumah, kita sebagai ibu bapa bolehlah meminta ahli keluarga kita bantu ambil dan hantarkan anak.

 

√ Waktu penjagaan

Waktu penjagaan juga adalah antara 8 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih taska untuk anak anda. Mana tidaknya, bayangkan kalau waktu penjagaan mereka ialah 8.0-6.00 p.m. sama seperti pejabat anda, macam mana anda nak hantar anak lebih awal agar tak tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Waktu balikpun macam tu. Sempat tak anda sampai sebelum taska tutup? Kalau tak sempat apa jadi pada anak anda? Kalau berlaku emergency dalam perjalanan, apa jadi pada anak anda di taska? Semua ini perlu diambil kira.

 

√ Sistem

Setiap ibu bapa ada cara mendidik anak yang tersendiri, begitu juga dengan taska. Jadi, sebelum anda menghantar anak-anak ke taska pilihan anda, pastikan sama ada sistem yang ada di taska tersebut menepati kehendak dan keperluan anak anda atau tidak. Sebagai contoh, ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya celik agama sudah tentu akan memilih taska yang berasaskan agama Islam untuk anak-anak mereka, manakala ibu bapa yang mahu anaknya memahami lebih dari satu bahasa mungkin berminat untuk menghantar anak-anak ke taska yang bermedium Bahasa Inggeris atau Mandarin.

 

Nisbah bilangan murid dan guru di dalam sesebuah taska bukan saja memberi impak kepada murid, malah turut dirasai oleh para guru.

 

√ Guru-guru dan pengalaman mengajar

Guru yang memahami pedagogy sudah tentunya berbeza dengan guru yang bekerja kerana minat terhadap kanak-kanak. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekuatan, pandai-pandailah anda membuat keputusan, dan inilah antara 8 perkara yang perlu anda kaji sebelum memilih taska untuk anak anda.

 

√ Bilangan dalam satu kelas

Ini sangat penting. Bukan sahaja ia mempengaruhi persekitaran pembelajaran, malah ianya juga mempengaruhi fokus guru terhadap anak-anak kita ketika di taska. Bilangan dalam kelas juga haruslah bernisbah dengan kadar yang betul mengikut jumlah guru.

 

√ Kebersihan premis

Kebersihan bukan saja persekitaran dan bilik darjah, tetapi lihat juga bagaimana keadaan di tandas, di tempat penyediaan makanan, di tempat simpanan barang serta pempraktisan guru-guru dan murid – adakah kebersihan asas diamalkan seperti mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan dibuat oleh guru-guru dan sebagainya.

 

√ Makanan

Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai makanan. Dari sudut halal dan haram, dari sudut halalan tayyiban (halal lagi bersih), dari sudut pemilihan makanan, sama ada seimbang atau tidak, dari segi sudut kekerapan penyediaan makanan, dari sudut pengendalian lebihan makanan dan akhir sekali dari sudut keselamatan makanan. Semua ini anda patut ambil masa dan perhatikan.

 

Diharapkan dengan 8 perkara di atas dapat membantu anda untuk mencari taska yang terbaik untuk anak anda di luar sana. Jika difikirkan, lebih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum melepaskan anak-anak ke taska, namun, sekiranya anda ada buah fikiran yang lebih baik, apa kata anda tinggalkan saja komen anda di sini. Juga jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan sedikit panduan untuk memilih taska anak-anak mereka.

 

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

10 Barangan Bayi yang Anda Boleh Guna Semula Dari Adik Beradik Lain

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Tidak semua barang anda perlu beli yang baru sekiranya anda mendapati isteri anda hamil. Sebaliknya, cuba cari dulu barangan bayi daripada adik beradik terdahulu yang masih elok untuk diguna semula. Ini bukan sahaja menjimatkan kos anda malah membantu anda membuat persiapan awal sebelum kelahiran bayi seterusnya. Kali ini, kami cuba bantu anda dengan menyediakan 10 barangan bayi yang anda boleh guna semula dari adik beradik lain.

 

  • Baju baby 

Percaya atau tidak, baju baby adalah antara barang paling banyak dalam bilik anak anda dan anda simpan dengan banyaknya baju baby sebab anda sayang dan anak anda pun pakai sekejap sangat. Baju-baju ni juga masih nampak baru dan boleh dipakai lagi. So, apa lagi? Recycle sajalah. Guna balik semula untuk anak yang bakal lahir kali ni.

 

  • Bath tub / besen mandi bayi

Biasanya kalau baby dah mula membesar, besen mandi bayi anda akan digantung saja di dalam bilik air, atau lebih kreatif lagi digunakan untuk mencuci pakaian. Jadi, sekiranya anda mendapati bahawa isteri anda sedang hamil, tahniah diucapkan! Ini bermakna, besen mandi bayi anda adalah antara 10 barangan bayi yang anda boleh guna pakai semula daripada adik beradik lain.

 

  • Kain bedung

Kain bedung biasanya tebal dan tahan lama. Jadi, tak perlulah anda dapatkan yang baru. Cukup dengan mencuci semula kain bedung yang sedia ada dan gunakan selagi boleh.

 

  • Bekas Baju

Jarang sekali ibu-ibu yang bekerja akan membuang bekas baju anak-anak yang dah besar. Ini kerana, bekas baju bayi selalunya disusun rapi dan akan digunakan dengan pelbagai cara walaupun bayi anda telah meningkat usia. Bekas baju bayi juga selalunya akan digunakan oleh ibu-ibu untuk jangka masa panjang terutamanya jika anak anda duduk di nursery  pada waktu anda bekerja. Jadi, jika si anak yang dah kian membesar bakal memperolehi adik baru, maka, bekas baju mereka boleh dikongsi bersama apabila anda menghantar anak ke nursery nanti.

 

  • Katil baby

Jangan dibuang cepat sangat. Anda tak tau rezeki apa bakal mendatang.

 

Selain bermain bersama, anda juga boleh mengajar anak anda untuk bertimbang rasa antara satu sama lain dengan cara berkongsi barangan antara adik beradik.

 

  • Tuam bayi

Benda comel ni tak payahlah nak dibeli selalu. Dahla comel, mudah disimpan dan digunakan kejap je. Jadi, lepas dah tak diperlukan, pastikan anda tak simpan di tempat yang susah nak dicari atau mudah dilupakan. Nanti nak cari semula, azab!

 

  • Aksesori bayi

Hairband, cincin dan sebagainya, kadang-kadang ramai yang bagi anak anda macam-macam tapi bayi cepat sangat membesar dan barang aksesori seperti ini dah tak muat untuk bayi anda gunakan. Jangan risau. Simpan je. Kalau ada rezeki anak yang lain, bolehlah pakai semula.

 

  • Sarung kaki dan tangan bayi

Yang ini agak susah tapi tak mustahil untuk anda simpan dan jadikannya barangan bayi yang boleh diguna semula pada masa akan datang.

 

  • Selimut bayi

Selimut bayi selalunya comel dan cantik. Jadi, simpan elok-elok untuk kegunaan akan datang. Jangan membazir pada benda-benda yang tak perlu.

 

  • Mainan bayi

Akhir sekali, 10 barangan bayi yang anda boleh guna semula dari adik beradik lain adalah mainan bayi. Di sini, anda kena perhatikan jenis barangan mainan bayi yang bagaimana anda hendak guna semula. Sekiranya mainan bayi tersebut adalah berupa soft toys, pastikan ianya dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan habuk atau digigit oleh serangga perosak seperti lipas atau anai-anai. Sekiranya mainan bayi yang anda ingin guna semula adalah keras seperti set Lego dan sebagainya, anda dinasihatkan agar sterilise semula barangan mainan bayi anda sebelum diguna semula.

 

Semoga entri kali ini membantu anda merancang kewangan anda sebelum kehadiran si kecil. Seperti biasa, sekiranya anda suka dengan perkongsian kali ini, pastikan anda SHARE entri ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang lain agar menjadi manfaat bersama.

 

Syeri 

Follow me on:
Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Scroll To Top