Home

DLikedelight merupakan lubuk belian botol susu secara borong untuk usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak berniaga apa. DLikedelight merupakan jenama adik-beradik kepada laman sesawang WOUII yang menjual barangan ibu dan anak-anak. Berbeza dengan WOUII, DLikedelight lebih tertumpu kepada jualan secara borong serta mengetengahkan keperluan penyusuan (feeding needs) dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent.

Di DLikedelight, kami membekalkan anda dengan dua jenama botol susu hebat dan berkualiti dari UK agar anda tidak perlu risau mengenai jenama dan kualiti. Tidak seperti website lain, DLikedelight menawarkan botol susu berjenama Philips Avent dan Tommee Tippee terus dari UK demi memastikan harga yang kami tawarkan berbaloi. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan penukaran bahagian botol susu dari Philips Avent mengikut keperluan semasa pelanggan anda demi memastikan perkhidmatan dan jualan anda terhadap pelanggan anda terus dihargai dan diingati.

 

Siapa yang patut menyertai perniagaan borong DLikedelight?

 

1) Mereka yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak jual apa

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu nak jual apa, maka, andalah yang kami nantikan. Dengan DLikedelight, anda tidak perlu khuatir mengenai harga, kualiti barang, deskripsi produk dan isu branding. Hal ini kerana : 

  1. Kesemua produk pilihan DLikedelight adalah jenama yang terkenal di dunia dan telah berada di pasaran melebihi 20 tahun 
  2. Jenama Philips Avent dan Tommee Tippee adalah jenama yang tidak memerlukan pengenalan di kalangan pelanggannya kerana ianya telah lama mempunyai reputasi hebat di dalam pasaran
  3. Anda tidak perlu risau mengenai harga jualan memandang kedua-dua jenama ini mempunyai permintaan yang tinggi serta supply  jangka masa lama yang dapat menjamin stabiliti harga di dalam pasaran
  4. Kualiti Philips Avent dan Tommee Tippee yang hebat membuatkan kedua-dua jenama ini mempunyai peminatnya yang tersendiri
  5. Dengan adanya deskripsi produk yang lengkap dari kami, anda tidak perlu membuang masa untuk mengenal pasti kekuatan setiap produk sekali gus akan memudahkan proses promosi dan jualan ada
  6. Jenama Philips Avent dan Tommee Tippee adalah dua jenama yang sangat kukuh di dalam industri bayi dan kanak-kanak, oleh itu, anda tidak mempunyai masalah yang besar untuk mempromosikan jenama ini sebagai produk jualan anda. Sebut sahaja kedua-dua jenama ini, pastinya ramai sedia maklum mengenai reputasinya

2) Suri rumah dan kaum wanita

Para suri rumah dan kaum wanita pastinya suka mempunyai perniagaan di dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka. Salah satunya pastilah dalam hal kemaslahatan anak-anak. Sekiranya anda merupakan ibu bekerjaya mahupun suri rumah, apa kata anda gunakan pengalaman anda menjadi ibu sebagai testimoni untuk perniagaan anda sendiri? Sudah pasti membeli lebih mudah memahami produk jualan anda sekiranya anda dapat berkongsi pengalaman menggunakan kedua-dua jenama ini dengan pelanggan anda.

3) Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-kanak

Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi kepada bayi dan kanak-kanak di pusat jagaan sekiranya botol susu mereka tertinggal di rumah? Dengan keadaan trafik pada waktu pagi yang amat sesak serta kekangan masa untuk ibu bapa, apa kata selaku pemilik pusat jagaan bayi dan kanak-kanak anda sediakan botol susu berkualiti untuk dibeli oleh ibu bapa sekiranya perkara yang tidak diingini seperti ini terjadi. Pastinya ibu bapa yang tertinggal botol susu anak mereka dirumah akan berlapang dada malah bersyukur kerana memilih pusat jagaan anda yang bijak menyelesaikan masalah paling membimbangkan ibu bapa ini. Jadi, it’s time to be creative! Mulakan perniagaan sampingan ini di premis-premis pusat jagaan bayi anda hari ini.

4) Para pelajar yang berminat untuk mencari side-income

Adik-adik, tak perlu beli kesemua barangan yang ditawarkan oleh kedua-dua jenama ini untuk memulakan perniagaan anda. Fokus kepada produk yang paling laku keras dan mulakan business anda. Sekiranya anda masih ragu-ragu mengenai hal ini, anda boleh fikir semula mengenai kesemuanya di point nombor 1. 

5) Mereka yang mencari hadiah / gift  bertemakan bayi dan kanak-kanak

Apa salahnya standby barang baby di rumah dan jadikan hadiah setiap kali anda memerlukannya? Tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan jenama yang hebat dan kualiti yang hebat seperti Philips Avent dan Tommee Tippee.

 

Kenapa anda perlu memilih DLikedelight?

 

1) Terbaik melalui produk berkualiti dan pembelian online yang sistematik

 Seperti anda, kami juga inginkan yang terbaik. Untuk itu, kami mahukan anda berniaga dengan gembira dan senang hati melalui rangkaian produk yang berkualiti dan bersistem. Oleh itu, kami perkenalkan kepada anda, konsep belian borong dari DLikedelight yang bersistematik untuk kedua-dua jenama produk ini.

2) Start-up cost yang berpatutan untuk kualiti produk yang hebat

Dengan pembelian pertama serendah RM1300.00 sama ada untuk Philips Avent atau Tommee Tippee atau kombinasi kedua-duanya, anda boleh memulakan perniagaan anda sebaik sahaja anda mendapat tempahan anda. Bagi pembelian seterusnya, anda boleh membuat pembelian mengikut keperluan stok anda tanpa perlu terikat pada apa-apa kos minima (no minimum cost required for second purchase onwards).

3) Reward System yang menjimatkan 

Website kami dilengkapi dengan reward system yang membolehkan anda mengumpul reward points dan purchase with points di mana setiap kali pembelian dibuat, sejumlah point akan dikreditkan ke dalam rekod pembelian anda. Maka,anda boleh membuat penjimatan kepada kos pembelian barang jualan yang seterusnya apabila anda menggunakan points yang terkumpul.

4) Harga barangan yang berbaloi dan business support yang berterusan

Harga kami amatlah berbaloi bagi anda yang baru memulakan perniagaan. Di samping itu, kami juga memberi kelonggaran kepada pemborong kami untuk menggunakan huraian produk kami (Product Descriptions) untuk keperluan perniagaan anda. Produk kami juga lengkap dengan gambar produk yang berkualiti serta tersedia untuk digunakan bagi tujuan promosi dan jualan.

 

5 sebab mengapa  PHILIPS AVENT menjadi pilihan ibu-ibu di dunia sejak 30 TAHUN yang lalu

 

Philips Avent merupakan satu jenama yang tidak perlu pengenalan lagi. Sejak dahulu lagi, golongan ibu di seluruh dunia memilih Philips Avent berdasarkan 5 faktor utama yang berikut:

 

1. Kualiti hebat yang dijamin

Bukan sahaja para ibu di serata dunia, malah, kami di DLikedelight juga memilih Philips Avent kerana reputasi dan kualiti hebatnya. Bayangkan, mana ada botol susu jenama lain yang membolehkan anda membeli spare part yang lain sekiranya berlaku sebarang masalah. Malah, sifat wide-neck  pada botol susu Philips Avent memudahkan ibu bapa membersih dan menyuci botol susu tersebut.

2. Sifat anti-colic yang terdapat pada kesemua produk Philips Avent menjadi kegemaran para ibu

Kesemua botol susu Philips Avent bersifat anti-colic , mudah dipasang atau digunakan serta senang dicuci kerana rekaannya yang boleh bibuka atau dipasang dengan mudah menjadikan ianya produk yang digemari oleh ramai ibu.

3.Sifat compartmental botol susu Philips Avent membolehkan para ibu membeli compartment secara berasingan

Seperti yang dikatakan awal tadi,botol susu Philips Avent mempunyai sifat compartmental  dimana ianya mudah digunakan, dipasang, dan dicuci. Selain dari itu, ciri ini juga memberi banyak manfaat kepada ibu bapa kerana mereka boleh menukar setiap compartment botol susu ini dengan mudah serta mengikut keperluan anak-anak.

4.Puting botol susu (nipples)  Philips Avent direka khas bersesuain dengan peringkat penyusuan bayi

Bukan sahaja rekaan botol yang praktikal, malah, Philips Avent juga mencipta puting susu bersesuaian mengikut peredaran peringkat penyusuan anak-anak. Dengan cara ini, tak perlulah anda risau jika puting yang pelanggan anda beli akan bersesuaian dengan keperluan bayi anda atau tidak. Ini kerana, Philips Avent telah pun menyediakan rangkaian yang mudah diikuti oleh setiap ibu bapa.

5.Philips Avent menyokong keperluan ibu dan bayi 

Akhir sekali, koleksi Philips Avent merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan produk perniagaan anda dan produk pilihan pelanggan anda kerana ianya menyokong kedua-dua keperluan ibu dan bayi sama ada sewaktu bayi anda sedang mengalami transisi / pertukaran dari penyusuan ibu ke penyusuan botol atau sewaktu ibu-ibu menyusukan anak dengan menggunakan botol susu sepenuhnya.

Memandangankan kami di DLikedelight memilih untuk mengetengahkan produk Philips Avent dan Tommee Tippee, maka elok juga untuk kami terangkan kepada anda kebaikan produk Tommee Tippee pula.

 

2 sebab mengapa TOMEE TIPPEE juga wajar dipertimbangkan

 

1. Tommee Tippee menyokong setiap keputusan para ibu – sama ada anda ingin menyusukan anak secara breast-feeding, menggunakan botol sepenuhnya atau mempraktikkan kedua-duanya, Tomme Tippee ada bersama anda.

Tommee Tippee merupakan sebuah jenama yang sangat supportive terhadap penggunanya apabila menyatakan bahawa pilihan cara penyusuan bayi di dalam sesebuah keluarga adalah hak mutlak keluarga itu sendiri. Ini merupakan satu ekspresi apprisiasi yang amat dihargai oleh para ibu dan dengan ini menjadikan jenama ini mendapat tempat di hati para pengguna.

2. Usaha keras Tommee Tippee selama 50 tahun dalam menghasilkan puting susu yang sungguh breast-like harus diberi pujian

Walaupun Tommee Tipppee juga mengeluarkan produk bersifat anti-colic dan BPA-FREE, namun, Tommee Tippee telah menghasilkan puting susu yang bersifat breast-like  di mana rekaannya dibuat khas seolah-olah bayi yang menggunakan produk Tommee Tippee akan mengalami pengalaman seakan-akan sedang menikmati susuan dari ibunya. Usaha selama 50 tahun ini merupaan hasil kerja sama para ibu di seluruh dunia dan Tommee Tippee sendiri.

JADI, MENGAPA DLikedelight MEMILIH KEDUA-DUA JENAMA INI?

 

Jawapannya sudah tentulah kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekuatan yang melengkapi segala keperluan ibu dan anak! Selain itu, melalui hasil carian DLikedelight di Google Keyword Planners, mendapati bahawa perkataan Philips Avent menduduki kedudukan teratas melalui carian ibu dan anak. Di mana 350 dari 700 hasil carian mempunyai perkataan Philips dan Avent di dalamnya. Ini jelas menunjukkan kekuatan jenama tersebut.

Selain itu, kedua-dua jenama ini menjadi pilihan utama di Lazada dan 11street berdasarkan hasil jualan kam di kedua-dua marketplaces tersebut.

Adakah anda sudah bersedia untuk merasakan kemewahan kualiti dan praktikaliti produk Philips Avent dan Tommee Tippee dari DLikedelight? 

Hanya semudah 3 langkah, anda sudah boleh memulakan perniagaan anda

1

Daftar sebagai Pemborong pada link yang disediakan

2

Pilih jenama dan barangan anda 

3

Check-out dan buat pembayaran

Tawaran Terhad

Sempena pelancaran laman sesawang ini, DLikedelight amat berbesar hati untuk membantu anda memulakan perniagaan. Dengan setiap pembelian kali pertama, anda akan dibekalkan dengan 1 kotak business card  PERCUMA. Tawaran hebat ini hanya terbuka kepada 100 pelanggan yang pertama sahaja. Apa tunggu lagi! Daftar sekarang dan tebus hadiah PERCUMA anda! Selamat berniaga.

Profil Ringkas DLikedelight

Kedua-dua jenama ini, WOUII dan DLikedelight bernaung di bawah satu pentadibiran yang sama iaitu, Scholars Enterprise.Syarikat yang milik YM Syarifah Hafsah Al-Habsyi ini telah beroperasi sejak tahun 2010 dan mula bertapak di Senawang, Negri Sembilan. YM Syarifah Hafsah Al-Habsyi yang lebih mesra dengan gelaran Teacher Syeri di kalangan anak murid dan para pekerjanya merupakan seorang lulusan ijazah pendidikan (B.Ed TESL) yang amat meminati bidang perguruan dan perniagaan. Di awal kemunculannya, Scholars Enterprise yang ditadbirnya merupakan pemilik francais Pusat Tuisyen Mawar (PTM) bagi cawangan Senawang yang juga merupakan satu-satunya cawangan PTM yang terdapat di Negri Sembilan.

Oleh kerana sambutan hangat terhadap pendekatan yang dibuat, PTM di bawah didikan Teacher Syeri dan guru-guru yang lain telah menarik minat ramai pelajar di serata daerah Seremban. Pada tahun 2013, Teacher Syeri berjaya mencatatkan pendaftaran pelajar sehingga 245 murid dan kakitangannya pada masa itu mencapai sehingga 45 orang termasuk para pekerja am. Bilangan yang memberansangkan ini juga menarik minat ramai pihak termasuklah media massa.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Julai, 2013

Teacher Syeri kemudiannya beralih arah kepada bidang e-commerce pada awal 2015 setelah perniagaan online sampingan yang dijalankan sepanjang mengelola PTM membuahkan hasil yang memberansangkan.

 

Minat yang mendalam terhadap kanak-kanak melahirkan WOUII  sebelum DLikedelight yang asalnya dikenali sebagai jenama sambal goreng kentang di kalangan warga Facebook di Malaysia diberi wajah baru seperti yang anda lihat hari ini. 

resize

WOUII dan DLikedelight kini merupakan salah satu pembekal barangan ibu dan anak 11street Malaysia

Kini, bukan sahaja botol susu, malah,WOUII dan DLikedelight turun membekalkan barangan ibu dan anak yang lain di online marketplaces seperti  11street dan Lazada.

HUBUNGI KAMI

Contact us
Location Map
Join Newsletter
MARKET PLACES
Lazada
 11street

 

IKUTI  KAMI DI MEDIA SOCIAL

JOIN US ON SOCIAL MEDIA

JOIN US ON SOCIAL MEDIA